Pages

Feb 28, 2011

~~aku dan abah~~

masa tengah best minum air vico bancuhan sendiri daripada 3 in 1..terkejut bila terdengar bunyi bising dari bawah..aku pun curious dan terus menjengah dari tingkap ke bawah..kelibat dua susuk tubuh sedang menolak tong sampah yang kosong melintasi bilik aku..kaku aku melihat mereka dan aku perhatikan seorang pakcik yang lebih tua menolak tong sampah kosong itu dengan penuh kudratnya..begitu bersungguh-sungguh..

entah kenapa secara tiba-tiba fikiranku melayang ke kampung..terbayang wajah abah..hati menjadi sayu kerana aku seolah-olah melihat abah yang menolak tong sampah kosong tadi..aku terus mengelamun dan menggamit kenangan sewaktu zaman persekolahan dahulu..waktu itu aku baru sahaja bersekolah di Sekolah Kebangsaan Ibrahim..hari pertama, abah menghantar aku sehingga ke kelas lalu aku ditinggalkan..tidak ada masalah bagiku untuk menyesuaikan diri kerana mungkin aku sudah terbiasa dengan suasana sekolah..aku berkesempatan untuk bertadika sebelum ke sekolah..

masih segar dalam ingatan bila waktu rehat abah datang dan membawa aku ke kantin untuk memastikan aku tidak kekok untuk membeli makanan..abah membelikan apa sahaja yang aku inginkan..bahagia sungguh aku rasakan..tersenyum setiap kali terkenang saat itu..pada waktu itu ayah berseragam biru dengan seluar slack lusuh dan berkasut getah Phua Chu Kang hitam..aku pelik pada mulanya dengan pakaian abah yang nyata berbeza dengan ibu bapa yang lain..

petang itu aku ke tempat kerja abah di sebelah sekolahku..sebuah sekolah untuk perempuan sahaja..aku mencari abah dan akhirnya aku bertemu dengannya..dari jauh aku lihat abah tekun memampatkan sampah di setiap tong sampah yang terdapat di luar kelas..dari satu kelas, ke kelas yang lain..aku tidak faham..tetapi pada waktu itu tidak pula aku cuba memahamkan..aku segera bertemu abah, abah tersenyum sebaik sahaja melihat aku dan aku dibawa ke bilik usang di belakang sekolah..rupanya di situlah office abah..old school tapi cool..hehe aku disuruh untuk tunggu di situ sehingga tugas abah selesai..

begitulah putaran waktu untuk hari-hari persekolahanku..saban hari aku melihat abah bekerja kuat..menyiram pokok bunga, memotong rumput, mengosongkan bakul sampah, membersihkan tandas..namun dia tetap tersenyum setiap kali aku datang dekat padanya..semangatnya kental..aku melangkah ke darjah 3 dan mula bersekolah petang..aku masih ke sekolah tempat abah bekerja selepas tamat persekolahan..

aku menunggu abah menyiapkan kerja..selalunya aku akan pulang selepas semua orang di tempat kerja abah pulang..aku dibawa untuk makan terlebih dahulu kerana abah faham aku lapar..setiap kali itulah abah akan melihat aku makan..tidak pula dia memesan apa-apa makanan kerana dia tahu benar..aku pasti tidak dapat menghabiskan makanan yang dipesan..lalu dihabiskannya..kami pulang ke rumah selepas itu..

selepas maghrib abah akan keluar semula ke sekolah untuk bertugas sebagai "jaga"..aku yang masih kecil tidak memahami pengorbanan abah dan mak..sungguh kuat semangat insan yang bergelar "abah"..siang membawa ke malam dia membanting tulang..sayu benar hati ini tatkala mengenangkan segala pengorbanan abah..itulah antara memori yang masih tersemat sebagai pembakar semangat..

kini..
susuk gagah 10 tahun dahulu kian dimamah usia..
mungkin dulu aku tak kenal perasaan sayang kepada abah..
kerana butanya mata untuk melihat,
kerana tulinya telinga untuk mendengar,
kerana buntunya akal untuk berfikir
dan kerana gelapnya hati untuk menilai..

ALHAMDULILLAH
masih ada ruang untuk aku mezahirkan perasaan sayang itu..
ingin sekali aku menatap ukiran senyuman yang menampakkan gigi yang semakin berkurangan
ingin sekali aku mengucup pipi legam yang kian menampakkan kedutan tua..
ingin sekali aku memeluk erat tubuh yang makin susut beratnya..
ingin sekali aku ketawa dengan setiap jenaka dicipta..
ingin, ingin, ingin sangat untuk bersamamu abah..

moga masih ada peluang untuk aku melalui semua itu..
my abah my inspiration..
(^_^)




7 KuMEn:

HaZiMaH H.M.J said...

semakin dewasa aku semakin risau, takut kalau diri ini mudah melupakan ibu n ayah..terlalu obses dengan kehidupan sebagai remaja, hingga kdg2 terlupa untuk mendoakan mereka dari jauh..bila duduk berseorangan dan mengimbas kembali semua kenangan bersama ibu dan ayah terasa sayu sekali melihat pengorbanan mereka..(T_T)mereka buat sesuatu utk ank2nya dengan bersunguh-sungguh..


YA ALLAH..
SESUNGGUHNYA HARAM BAU SYURGA BAGI KU SEANDAINYA AKU DERHAKA KEPADA KEDUA ORANG TUAKU..

AKU RINDUKAN MEREKA, YA ALLAH..

AKU INGIN TEMUI MEREKA SEKARANG YA ALLAH...

AKU KHUATIR.. TIADA LAGI KESEMPATAN BUATKU MENEMUI MEREKA..

ANDAI BUKAN AKU YG PERGI MENINGGALKAN MEREKA.. MEREKA YANG AKAN KEMBALI MENEMUIMU..

OLEH ITU... AKU MOHON KAU MATIKAN AKU SEBELUM AKU BERPELUANG MENJADI ANAK DERHAKA....

AKU CINTAI MEREKA, YA ALLAH..

AKU SAYANG MEREKA, YA ALLAH..

NAMUN AKU TAK PANDAI MENZAHIRKANNYA...

LISANKU BIADAB TERHADAP MEREKA, YA ALLAH..

KATA-KATAKU LANCANG MESKIPUN AKU SEDAR MEREKALAH ORANG TUAKU..

OLEH, KAU LEMBUTKANLAH LISANKU..

KAU ZAHIRKAN KASIHKU KEPADA MEREKA, YA ALLAH..

AGAR MEREKA DAPAT RASA.. YG PENGORBANAN MEREKA KEPADAKU SELAMA INI BERBALOI, YA ALLAH..

CUKUPLAH SEKADAR BERBALOI BAGI MEREKA, YA ALLAH..

KERANA AKU TIDAK MAMPU MEMBALAS JASA MEREKA, YA ALLAH..

ANDAINYA AKU DAPAT BERKHIDMAT PADA MEREKA DUNIA DAN AKHIRAT, TETAP TIDAK AKAN SETIMPAL DENGAN JASA MEREKA MELAHIR DAN MEMBESARKAN AKU, YA ALLAH..

AKU HAMBAMU YG HINA, YA ALLAH..

AKU HAMBAMU YG LEMAH, YA ALLAH..

AKU TEWAS BILA SYAITAN MENIUP-NIUP API KEMARAHANKU..

NAFSU AMARAHKU SUKAR DIBENDUNG, YA ALLAH..

OLEH ITU..

AKU MOHON KAU LINDUNGI DAN BANTULAH AKU...

AGAR MENJADI ANAK YG SOLEH...

YG DAPAT MEMBERI BEKALAN KEPADA ORANG TUAKU KELAK..

ShoutulQalbi said...

assalamualaikum....jasa seorang abah mmg tak blah terbalas.....apbila m'bca coretan awk mnngenai abah awk tlh m'ingatkan tentg abah sya....mmg setiap insan yg bergelar abah/ayah,bapa,abi adalah hero bg kita....w'pun ayah sy tiada d dunia ini, namun jasa dn kenagn bersamanya degnnya x pernah dlupakan....kdg2 rindu dgn senyumannya, tawanya, pelukannya...walaupun semuanya dh tiada...sy redha...ALLAH SWT lbh menyayanginya.....semoga kita semua menjadi anak soleh n solehah...InsyaALLAH....

cikMelor said...

SANGAT SAYU bce entry nih..tq sbb mnyedarkan dri ini tntng pgrbanan srg ayah..yg mgkn kdg2 sy sndri trlupa jasa2 ayah..

~my abah my inspiration~ (~_~)

liyana saffie said...

mnyentuh ati ye p0st kali ni....sy semakin h0mesick....tol0ng~~~~
t da berjaya,jgn lupa kn mereka ye...jlnkn tggjwp sbg ank lelaki..ketua keluarga dgn baek..=)

linalina said...

sedihnya!teringat ayahku jugak.be a good son ever!!

aku dan sesuatu said...

Hazimah : hurm doa yang zimah kongsikan sangat baik..mohon untuk gunakan untuk program yer..apa pun moga kita tak lupa ibu ayah dengan kesibukkan mengejar cita-cita

Shotul: maafkan saya kalau post ni menyedihkan awak..yang pergi pasti tak akan kembali..doakan la agar mereka ditempatkan bersama mereka yang beramal soleh..yup..moh jadi anak soleh dan solehah

izah : hehe bagus la kalau dapat buat anda ingatkan abah di rumah..moga beroleh faedah daripada coretan insan kerdil yang baru belajar ini

yana : hehe..homesick takpa..tapi kena kuatkan semangat..ibu ayah mengharapkan sesuatu daripada yana..anda boleh..insya'ALLAH jika diberi kesempatan untuk hidup lebih lama daripada mak dan abah

lina : alolo..hehe yup..sama la dengan hang no..be a gud daughter and a great teacher

Mohd Faizal Bin Amir said...

satu2nya post anda yang membuat saya terduduk merenung diri....

Post a Comment