Pages


Oct 8, 2011

~~aku dan kerbau~~

Assalamualaikum dan salam sejahtera..Hope all of u sihat-sihat belake..aku sihat yo..Cuma otak jek kureng sihat..Banyak bondo la nak difikirkan, citernye sampai bengkak la jugak otak ni aku kerja kan (sah-sah nipu ni, jangan pecaye plak..hehe)

Kalau nengok tajuk post kali ni..korang mesti rasa aku telah mengerbaukan diri kan..No, no, no..jelas lagi terbukti bahawa aku dan kerbau tidak dapat dicari titik persamaan kerana aku bukan kerbau dan kerbau juga bukan aku..So, kalau nak tau moh bace post aku untuk pagi bute ni..

Nak dijadikan cerita..Tadi lepas aku makan-makan bersama teman..terlintas la idea nak pergi rikie(tengok) jalan nak ke kolam air panas yang berdekatan dengan Tanjong Malim ni..Katenye dekat Kampung Slim..Dekat beno dengan Sekolah Kebangsaan Slim River..So, dengan kegagahan kereta berenjin 1.3 yang belum habis bayar..Aku menyegerakan diri untuk ke sana..Jalan nak ke simpang Kg Slim ni bukan main gelap lagi..nasib kereta aku ada lampu..kalau idak mau bute la kejap..Walaupun gelap, aku maintain macho seban kereta ada lampu..

Jalan punya jalan punya jalan..Tak sampai, sampai jugak..naik kematu pung..tuttt...tuttt (sendiri mau ingat la brader)..oleh sebab jalan bengkang-bengkok..Jadi, aku pun drive dengan penuh tatasusila dan berlakon seolah-olah ada JPJ yang sendang menilai aku untuk memberikan lesen..so, kereta berenjin 1.3 yang mampu memecut hingga 100km/j dalam masa lebih lima saat aku bawak pelan ja..dalam 120km/j..haa nampak macam laju kan..tapi sebenarnya tak pun..cer tolak 120km/j dengan 80km/j..40km/j je..

tiba-tiba..seorang kerbau yang hensem serta gagah telah berlari ke arah keretaku yang sedang meluncur steady di tengah jalan sambil menyanyikan lagu "jika kau fikirkan kau boleh" ..GEDEGANG!!!! satu pelanggaran berskala kecil telah berlaku..Beliu, encik kerbau telah melarikan diri dari tempat kejadian dan gagal dikesan..Bersepai jugak la bahagian depan kanan kereta aku..Alhamdulillah takde pekara buruk yang berlaku kecuali kereta aku yang bertambah buruk..Kerbau, kerbau..Lu sudah kasi malu sama gua la..haiya..

moral of the story.."La Tahzan, ALLAH ada"




Sep 17, 2011

~~aku dan keterbatasan~~

Assalamualaikom dan salam sejahtera kepada semua..first of all sorry la sebab dah lama sangat aku tak mencoret apa-apa pun di blog yang cambest iney..hehe biasalah kan..ilham sudah pokai dek KETERBATASAN akal sebagai seorang manusia yang tidak sempurna..

kurang lebih 5 bulan aku berpuasa daripada dunia blog..memang banyak bondo yang nak aku story kat hampa semua.."kalau bisa aku ceritain..passsstii kamu tak akan perrrcayaaa.."hehe tapi mungkin sekali lagi unsur KETERBATASAN waktu..maka tak dapeklah den nak cerita panjang-panjang kat sini..(^_^)

apa pun dalam masa 5 bulan ni banyak mengajar aku tentang tanggujawab dan pemberatnya..jelas tanggungjawab itu mudah untuk disebut melalui lidah yang lembut namun amat payah dipikul andai tidak sedar akan KETERBATASAN diri..ramai insan yang sanggup kehadapan untuk menggalas jawatan yang disebaliknya tersembunyi tanggajawab yang besar walaupun tidak berupaya..tak dapat dinafikan aku juga pernah menjadi figura yang tidak sedar akan KETERBATASAN diri sebelum menggalas sesuatu jawatan..tapi ramai yang berpendapat bahawa pengajaran daripada kegagalan adalah jauh lebih bermanfaat untuk disemat sebagai nilai diri..moga aku mampu berubah ke arah yang lebih baik..insya'ALLAH..

so bila kita bercerita tentang KETERBATASAN..pasti dan pasti masih ramai yang tidak pun menyedari akan KETERBATASAN diri masing-masing..carilah definisi KETERBATASAN dalam diri kalian agar segala kebarangkalian untuk menyusahkan orang lain daripada keputusan yang diambil dapat dikurangkan nisbahnya..

namun ingin aku berpesan pada semua yang membaca waimah mungkin ada yang mengeja..hehe agar tidak menjadikan KETERBATASAN sebagai alasan untuk menolak sebarang peluang bagi mengembangkan potensi diri yang kita miliki..







Apr 16, 2011

~~aku yang masih hidup~~

Hidup!! Hidup!!..hehe gurau jek..dah bersemut, bersawang, berlumut dan macam-macam 'ber' lagi la blog aku ni..jangan risau yer..penulis blog yang tidak seberapa ini masih lagi diberi kesempatan untuk hidup bagi menikmati seribu macam (hakikatnya lebih dari seribu) nikmat yang dikurniakan ALLAH untuk hamba-hambanya..dah lama tak update blog ni..mungkin disebabkan masa yang disempitkan dan ilham yang dikaburkan menjadi penghalang untuk saya mengupdate blog ni..

so, hari ni aku bercadang nak kongsi sikit-sikit berkenaan apa yang dah berlaku dalam kehidupan aku sepanjang ketiadaan post aku di blog iney..kalau nak diceritakan secara jujurnya memang tak cukup la page blog aku ni..tapi to be smart (agak la..hehe) aku cuba pendekkan mana yang panjang, ringkaskan mana boleh..kata kunci pada penceritaan aku pada kali ni adalah 'tanggungjawab'..inilah medium yang diasbabkan pada aku untuk diduga/ diuji dengan pelbagai permasalahan duniawi yang pastinya akan melarat sehingga masalah ukhrawi jika tidak diurus dengan sehensem yang mungkin (seelok-eloknya la maksudnya ni..hehe)

12,13 dan 14 Mac
aku telah diamanahkan untuk membawa sekumpulan fasilitator ke sebuah sekolah di Port Dickson untuk mengendalikan kem kepimpinan pengawas..pengawas ok bukannya pemawas..hehe pada mulanya segala perancangan berlangsung dengan cemerlang, gemilang, terbilang..tuptup sudah tukar kepada satu masalah yang tunggang langgang..masaelah mula menampakkan dirinya disaat BASikal yang diharapkan untuk membawa jemaah fasi ke sana tidak dapat dihadirkan oleh bahagian pengangkutn disebabkan keterbatasan bilangan spesis itu di UPSI..cess, takpa..setelah gagal pada cubaan pertama, aku terus mencuba pula untuk kali yang kedua sambil menyanyikan lagu Faizal Taher "cobaa kau cobaa dududu~~" untuk mendapatkan VANhelsing pula daripada HEP..tapi dengan comelnye brother yang bertindak sebagai penjaga VAN tersebut menolak permohonan aku atas alasan yang sama..benar sungguh kata pujangga "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga" (dah, dah tak payah nak fikirkan motif aku ketengahkan pepatah ni sebab memang takda kaitan pun dengan post aku..hanya sekadar selingan..kuikui) konklusinya, terpaksalah aku menawarkan haiwan peliharaan aku iaitu encik tenggiling untuk menjadi kenderaan utama kami ke Port Dickson..dengan bantuan 2 lagi ekor kancil yang disewa, kami bergerak ke PD sambil menyanyikan lagu "Owooo wooo balik kampung"..Alhamdulillah kem tersebut berjalan dan adakalnya berlari serta merangkak dengan lancar dan banyak ilmu yang aku timba, baldi dan gayung daripada abang dan kakak senior..memang bermanfaat dan berbaloi-baloi..(^_^)

19 dan 20 Mac
minggu ni pula..persatuan aku telah menganjurkan pertandingan Motivater Intervasiti 1 Malaysia yang turut disertai oleh beberapa universiti tanah air seperti UTM, UNIZA, UMS, UNITAR, UUM, UPNM dan UPSI sendiri..secara kasarnya seramai 21 orang peserta yang bersedia untuk bertanding..yang tak bestnya aku yang tak seberapa ini telah TERpilih di masa tambahan atau lebih dramatiknya di saat-saat akhir untuk mewakili UPSI sebagai peserta ke-2..jujurnya memang serabut..dalam masa yang sama persatuan yang aku cintai ini telah memberi mandat kepada aku untuk menggalas tanggujawab sebagai Ex-Officio dalam program ni..dah macam vico 3 in 1 dah gamaknya..nasib baru 2 in 1..hehe pertandingan ni berlangsung selama 2 hari berturut-turut..jadi, bermulalah satu kisah pertarungan dewa-dewa(hehe poyo jap..) untuk merebut hadiah berupa piala replika 1 Malaysia serta sedikit imbuhan dalam bentuk wang ringgit (ishh dunia,dunia..hihi)..masa peringkat saringan aku telah melakukan pekara yang tak pernah aku buat iaitu menyanyi dengan muka yang cute untuk mukadimah ceramah..memang agak malu la..terasa diri seolah-olah memakai topeng ultraman taro..sah muka tak malu..hehe takdir ALLAH lebih berkuasa daripada semua makhluk yang tidak ada sebarang kuasa..aku lepas peringkat saringan dan dibenarkan untuk beraksi di peringkat semi-final pada sebelah petangnya..memang macam tak percaya la juga..ye la, banyak lagi peserta yang hebat-hebat dari aku..tapi tak boleh tipu la yang aku agak bangga la dengan pencapaian aku walaupun baru peringkat separuh akhir..kembang la juga hidung ni, tapi still cover hensem lagi la..(^_^) so masa semi ni aku bantai sungguh-sungguh apa yang termampu..sekali lagi aku berjaya dengan izin ALLAH untuk ke peringkat final pula pada esok paginya..macam nak tercabut dah usus-usus perut, cuak punya pasal..tapi seperti lazimnya saya masih mampu menampak serta menonjolkan kemachoan diri walaupun hakikatnya anda yang lebih mengetahui..hehe..time nama aku diseru oleh MC, aku melangkah dengan gagah dan bantai menyanyi lagi sekali..tapi hampeh, terlupa lirik pulak..kuikui potong stim betul la..disebabkan kekantoian tersebut aku tak merasa cuak dah dan terus perform sekadar yang termampu..masa 20 minit yang disediakan oleh pihak penganjur berlalu dengan begitu pantas..kejap je dah bunyi loceng..tak sempat aku nak merapu lama-lama..habis ja semua peserta..keputusan pun diumumkan..agak terkejut la aku bila aku dapat johan..hehe Alhamdulillah..semua ini merupakan aturan yang Maha Esa.."mak..cek menanggg.." tu la antara dialog aku dengan mak time aku call lepas keputusan diumumkan..walaupun aku tak nampak muka mak..tapi aku yakin mak tersenyum..


Pembakar Semangat

*pergghhh post yang paling panjang dalam sejarah blog aku..hehe ni baru part 1..tengok la..kalau perlu nanti aku sambung plak part 2..chaw chin chaw


Yang Punya Blog,

Mar 8, 2011

~~aku, bas dan kehidupan~~

semenjak aku ada tenggiling ni (myvi Pak Teh Mad)..tak pernah dah aku naik bas..asyik nek tenggiling je nak ke mana sekalipun..tapi, tak juga babat(lemak) aku bertambah ataupun beranak macam individu-individu normal yang lain..aku maintain slim river..mungkin genetik abah lebih dominan daripada genetik mak..tapi tak apa aku redha dengan takdir ALLAH..mungkin aku lebih kuat apabila aku slim..walaupun bukan dengan fizikal, sebab aku hanya mampu mengangkat 100 kampit guni beras (yang kosong)..mungkin aku boleh explore kelebihan dari sudut lain..macam kebolehan tidur sambil duduk, makan sambil cakap, membaca doa makan secara kuat, menyanyi dalam bilik air dan lain-lain..ALLAH lebih mengetahui apa yang diaturkan..

sebenarnya bukan pasal 'slim' yang ingin aku perTAIPkan disini..kalau tengok tajuk entry aku yang dah macam sajak A. Sahab Toib, mesti anda semua tak sabar-sabar mahu membaca post saya sehingga habis..sabar yer..baca secara perlahan-lahan serta penuh tatasusila..

nak dijadikan cerita, minggu ni aku terpaksa naik bas semula untuk ke kampus dan pulang ke kolej..oleh kerana tenggiling kesayangan dikidnap oleh mereka yang bertanggugjawab..jadi, aku pun dengan redha naik bas..selalunya aku akan tengok je orang-orang yang tunggu bas dengan wajah bangga sebab ada kereta..tapi, hari ni aku kena beratur macam masa sem 1 dan 2 dulu..best je aku rasa..dah lama tak tunggu bas dan tengok orang berebut-rebut naik..disebabkan kemachoan (nampak sangat menipu..hehe) aku terpaksa berdiri sebab taknak berebut naik bas..padan muka aku..takpa la aku redha..

tunggu punya tunggu last-last dapat juga aku naik, cuma aku rasa agak gelabah bila depan dan belakang aku ada student perempuan dan tak ada tempat untuk aku bergayut bagi menafikan daya Inertia daripada pergerakkan bas..gua memang cuak dowh..haha muka aku masa tu dah takda darah..jadi aku tawakkal je lah..Alhamdulillah..sampai juga aku kat kampus..nampaknya keupayaan aku untuk mengibang badan agak hebat..mungkin faktor jisim badan yang kurang membantu aku untuk berjaya..hehe

so, semua orang pun dah mula bergerak nak turun..aku pun nak la berjalan turun..tapi, tiba-tiba jadi terbantut..ye la, ada orang potong Q..cikgu-cikgu yang duduk cepat-cepat bangun dan nak turun dulu..jadi kami ni yang berdiri bagai nak rak terpaksa bersabar..dah la penat aku mengimbang badan..tup, tup kena tunggu lagi untuk turun..mungkin kesedaran sivik cikgu-cikgu yang menikmati empuknya tilam tidak begitu tinggi..aku ingatkan sem 1 dan sem 2 je macam ni..rupa-rupanya sikap cikgu-cikgu kita masih tak berubah..mungkin tak salah kalau aku gelar mereka sebagai individu yang mementingkan diri..

bukan nak mengeluh sebab terpaksa berdiri..cuma geli hati apabila ada yang bakal menjadi cikgu tapi tidak mahu memantapkan tahap EQ masing-masing..kita semenjak kecil telah didoktrin dengan keperluan untuk memastikan IQ yang tinggi..tapi jarang sekali kita disuruh untuk menyeimbangkan IQ dengan EQ..mungkin ada yang berpesan..tetapi sejauh manakah kita seorang guru berusaha ke arah tersebut..terfikir sejenak aku di dalam hati "ni baru dalam bas, belum lagi hal-hal lain"..mungkin siswa siswi bakal pendidik perlu sedar dan ubah lah konsep yang mungkin sudah mula bersarang di hati masing-masing

ye la kan, suka tak suka kita tetap akan jadi seorang guru yang bukan sahaja untuk mengajar, tetapi kita sebenarnya perlu mendidik..kalau sekadar mengajar tak perlu rasanya kita nak bertapa di Universiti kesayangan kita ni selama 4 tahun, mungkin setahun dua pun dah cukup..tapi kita nak mendidik yang pastinya memerlukan roh seorang guru yang mahu membentuk anak bangsa..so nak tak nak kita kena jadi role model..ye la kan..kita ni bukan sahaja mahu anak didik kita mendalami bidang akademik jah..tapi kena la juga pastikan diaorang ni ada sahsiah yang mantap..kalau nak ajar orang lain, kena la kita didik diri sendiri dulu..saya pun tidaklah sehebat, sebaguih, seteror mana..mungkin sekadar sama ingat mengingatkan..tak salah untuk kita berubah ke arah yang lebih baik..mungkin lepas ni bila naik bas..bertimbang rasalah pada mereka yang bediri..kesian deme..

hehe..pesanan ikhlas ini dibawakan oleh Harun Automotive, pembekal mesin rumput anda..(^_^)

'change your self to change others'



Yang Punya Blog,


Feb 28, 2011

~~aku dan abah~~

masa tengah best minum air vico bancuhan sendiri daripada 3 in 1..terkejut bila terdengar bunyi bising dari bawah..aku pun curious dan terus menjengah dari tingkap ke bawah..kelibat dua susuk tubuh sedang menolak tong sampah yang kosong melintasi bilik aku..kaku aku melihat mereka dan aku perhatikan seorang pakcik yang lebih tua menolak tong sampah kosong itu dengan penuh kudratnya..begitu bersungguh-sungguh..

entah kenapa secara tiba-tiba fikiranku melayang ke kampung..terbayang wajah abah..hati menjadi sayu kerana aku seolah-olah melihat abah yang menolak tong sampah kosong tadi..aku terus mengelamun dan menggamit kenangan sewaktu zaman persekolahan dahulu..waktu itu aku baru sahaja bersekolah di Sekolah Kebangsaan Ibrahim..hari pertama, abah menghantar aku sehingga ke kelas lalu aku ditinggalkan..tidak ada masalah bagiku untuk menyesuaikan diri kerana mungkin aku sudah terbiasa dengan suasana sekolah..aku berkesempatan untuk bertadika sebelum ke sekolah..

masih segar dalam ingatan bila waktu rehat abah datang dan membawa aku ke kantin untuk memastikan aku tidak kekok untuk membeli makanan..abah membelikan apa sahaja yang aku inginkan..bahagia sungguh aku rasakan..tersenyum setiap kali terkenang saat itu..pada waktu itu ayah berseragam biru dengan seluar slack lusuh dan berkasut getah Phua Chu Kang hitam..aku pelik pada mulanya dengan pakaian abah yang nyata berbeza dengan ibu bapa yang lain..

petang itu aku ke tempat kerja abah di sebelah sekolahku..sebuah sekolah untuk perempuan sahaja..aku mencari abah dan akhirnya aku bertemu dengannya..dari jauh aku lihat abah tekun memampatkan sampah di setiap tong sampah yang terdapat di luar kelas..dari satu kelas, ke kelas yang lain..aku tidak faham..tetapi pada waktu itu tidak pula aku cuba memahamkan..aku segera bertemu abah, abah tersenyum sebaik sahaja melihat aku dan aku dibawa ke bilik usang di belakang sekolah..rupanya di situlah office abah..old school tapi cool..hehe aku disuruh untuk tunggu di situ sehingga tugas abah selesai..

begitulah putaran waktu untuk hari-hari persekolahanku..saban hari aku melihat abah bekerja kuat..menyiram pokok bunga, memotong rumput, mengosongkan bakul sampah, membersihkan tandas..namun dia tetap tersenyum setiap kali aku datang dekat padanya..semangatnya kental..aku melangkah ke darjah 3 dan mula bersekolah petang..aku masih ke sekolah tempat abah bekerja selepas tamat persekolahan..

aku menunggu abah menyiapkan kerja..selalunya aku akan pulang selepas semua orang di tempat kerja abah pulang..aku dibawa untuk makan terlebih dahulu kerana abah faham aku lapar..setiap kali itulah abah akan melihat aku makan..tidak pula dia memesan apa-apa makanan kerana dia tahu benar..aku pasti tidak dapat menghabiskan makanan yang dipesan..lalu dihabiskannya..kami pulang ke rumah selepas itu..

selepas maghrib abah akan keluar semula ke sekolah untuk bertugas sebagai "jaga"..aku yang masih kecil tidak memahami pengorbanan abah dan mak..sungguh kuat semangat insan yang bergelar "abah"..siang membawa ke malam dia membanting tulang..sayu benar hati ini tatkala mengenangkan segala pengorbanan abah..itulah antara memori yang masih tersemat sebagai pembakar semangat..

kini..
susuk gagah 10 tahun dahulu kian dimamah usia..
mungkin dulu aku tak kenal perasaan sayang kepada abah..
kerana butanya mata untuk melihat,
kerana tulinya telinga untuk mendengar,
kerana buntunya akal untuk berfikir
dan kerana gelapnya hati untuk menilai..

ALHAMDULILLAH
masih ada ruang untuk aku mezahirkan perasaan sayang itu..
ingin sekali aku menatap ukiran senyuman yang menampakkan gigi yang semakin berkurangan
ingin sekali aku mengucup pipi legam yang kian menampakkan kedutan tua..
ingin sekali aku memeluk erat tubuh yang makin susut beratnya..
ingin sekali aku ketawa dengan setiap jenaka dicipta..
ingin, ingin, ingin sangat untuk bersamamu abah..

moga masih ada peluang untuk aku melalui semua itu..
my abah my inspiration..
(^_^)




Feb 25, 2011

~~Belia Nadi Kecemerlangan~~

tik tok tik tok..selama hampir sebulan aku dan kawan-kawan (hakikatnya kawan-kawan aku yang lebih..hehe) urus untuk satu program pencegahan dadah di Sekolah Menengah Kebangsaan Gedangsa, Felda Gedangsa..alhamdulillah, termakbul dan terlaksana sudah program yang dicita-citakan..

tak dapat dinafikan..memang banyak selekoh yang perlu kami lalui, dah macam litar drift dah jalan nak ke Felda Gedangsa ni..berbekalkan Myvi Pak Teh Mad yang laju tetapi cute..aku dengan relanya bertugas sebagai driver kepada rakan-rakan terutamanya pengarah program bagi melicinkan proses untuk merealisasikan program yang diangankan..

satu persatu masalah dapat diatasi..akhirnya dapat sejumlah bajet sebagai penaik motivasi untuk meneruskan program yang dirancang..so, berlangsunglah program "Belia Nadi Kecemerlangan" dengan kerjasama Pelajar BnK, Biologi dan Kimia Semester 4, Belia Felda Gedangsa, Belia Felda Negeri Selangor, AADK Daerah Ulu Bernam dan ADUN Ulu Bernam..memang "perghh"..

hari sabtu merupakan hari penetuan..aku tak dapat join kawan-kawan yang lain daripada pagi..sebab ada urusan yang perlu aku selesaikan..pagi tu aku sempat hantar diaorang depan KUO..kira ok la tu kan..ambil berat..hehe..kekuatan fasilitator ada la dalam 15 orang termasuk aku sekali..diaorang bergerak ke Gedangsa hampir jam 7.20 pagi dengan Coster..

program bermula dari pukul 8.00 pagi..slot pertama iaitu Ice Breaking dihandle oleh Otai Rosman yang semangnya power dan hebat..bagi aku Otai Rosman punya kekuatan adalah pada bahagian Energizer sebab kespontanan beliau yang memang spontan.."gua salute lu bro"..


saudara Rosman dan kudanya..haha

dekat dua jam Ice Breaking..aku pun mula bertolak daripada UPSI dengan myvi Pak Teh Mad ke sana..sampai saja di sekolah student semua dah mula minum pagi..makan bihun and minum air teh panas..sempat la aku tengok-tengok diaorang ni..Rosman datang melapor diri kat aku sebab aku secara tidak sengaja dilantik menjadi ketua fasi untuk program ni..nasib je la..hehe..dari laporan Rosman, aku dapat tahu yang student yang ada depan aku ni semuanya lambat panas.."ini yang bikin gua panas dowh"..so takpa aku try jalan-jalan dan tengok gelagat student-student ni..ok, memang nampak macam lambat panas..takpa..nanti aku test..

so, lepas saja minum pagi..aku terus test power..aku guna trademark aku.."check,check".."Brrrrrr"..tengok respon macam ok..cuma mungkin masih malu-malu..aku tak dapat nak merapu lama-lama dengan diaorang sebab AADK dah nak ambil slot..jadi, apakan daya terpaksa aku melepaskan mikrofon secara paksa rela..

Dalam dua jam juga la AADK buat aktiviti yang bagi aku menarik untuk aku belajar..modul yang diaorang persembahkan belum pernah aku alami..alhamdulillah dapat lagi satu modul baru..insya'ALLAH akan aku gunakan bila berpeluang..disebabkan aku takda kerja nak dibuat masa AADK take over..aku pun jalan-jalan merisik pelajar yang hardcore, sebab bagi aku pelajar-pelajar macam ni yang aku perlu kenal pasti dan kawal kalau nak tengok satu energy yang hebat daripada student..ok, dapat detect seorang dua..

lepas AADK habis..aku teruskan slot merapu aku dengan budak-budak..respon semakin baik..tapi masa tak mengizinkan sebab dah tengah hari..aku lepaskan diaorang makan dan lepas tu kami solat Zohor secara berjemaah..yang pasti bukan aku yang Imamkan walaupun aku ada cakap yang aku merupakan "calon imam muda anda" kepada budak-budak sebelum aku lepaskan diaorang makan..alhamdulillah tiada sebarang rusuhan walaupun mereka tahu mereka telah diklepet dengan jayanya..

lepas Zohor aku terus take over diaorang..aku buat energizer yang aku rasa boleh naikkan semangat diaorang..bagi aku mungkin aku berjaya kot..sebab diaorang dah mula seronok..aku pun sangat seronok sebab aku enjoy dengan diaorang..seronok punya pasal aku telah melakukan perbuatan luar kebiasaan bila aku menyanyi depan semua..haha malu kot..tapi alang-alang dah nyanyi baik aku habiskan..bila dah habis aku pun bermonolog "wah sedap juga suara aku ek"..haha poyo jap..

alhamdulillah aku dapat buat satu modul yang aku ubah last minute sebab modul yang dirancang mungkin terlalu boring untuk student yang macam diaorang ni..ok aku berjaya selesaikan siap dengan falsafahnya sekali..lepas tu terus ke majlis penutup yang agak dasyat..sebab YB Dato' nak turun untuk rasmi majlis penutup..walaupun semua fasi dah cuak..tapi muka kami semua tetap maintain hensem dan cumel..itu yang penting..macam-macam yang lawak jadi sewaktu majlis penutup berlangsung..layar putih jatuh la, MC tersilap sebut nama la, budak-budak buat lawak bila ada yang jadi cameraman la..hehe memang lawak dan menyeronokkan..

petang tu aku balik dengan keletihan tapi memang aku puas sangat sebab berjaya handle program bersama kawan-kawan yang lain..banyak yang aku belajar daripada diaorang..dan aku harap aku dapat lagi join program-program macam ni selalu..sebab aku yakin jiwa aku ada disini..semakin ramai aku kenal semakin aku mengenali diri sendiri..

di kesempatan ini..saya Khudree Adha Bin Che Ahmad Bin Zain Bin Khamis dan yang seterusnya..ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan-rakan otai fasilitator sebab sudi join program yang tak seberapa ini..sorry kalau hampa semua tak dapat peluang untuk handle modul sebagai Core Faci kat depan..kalau ada salah silap..sudi-sudi la maafkan yer..


antara barisan fasilitator..yang lain tengah angkat barang kat belakang tu..hehe

Yang Punya Blog,

Feb 20, 2011

~~aku, politik dan perjuangan~~

minggu ni hangat dengan PRK bagi Universiti Pendidikan Sultan Idris..hari khomis merupakan permulaan bagi segala-galanya..ramai rakan sahabat yang bertanding..kagum dengan keberanian mereka yang sanggup tampil kedepan untuk menjadi calon..bertambah kagum apabila berkesempatan melihat kempen yang merekaorang buat..hari 1st wat aku kagum dengan semangat kalian..moga aku diberi peluang untuk mecontohi semangat hebat itu..

masa berjalan..hari kedua..wah bagaikan tak caya bila tengok perang poster yang sememangnya dasyat..seorang demi seorang calon buat nama dengan poster masing-masing..ada yang guna short form ada yg full name..semua orang tolong-menolong..memang hebat..teringin nak join pasang2 poster..tapi maleh ah..haha suka lagi aku jadi pemerhati..hari kedua wat aku kagum dengan kerjasama kalian..

hari ketiga berkempen..perang poster semakin dasyat, penuh poster kat kolej n kampus..memang dasyat la..tak larat nak tengok muka calon..macam-macam ada..sure nanti nk undi mesti pening..hehe petangnya sempat gak aku lepak2 ngan klik aku..sembang2 sampai masuk isu PRK..apa yg aku ingat aku harap kawan2 yg bertanding tak politikkan perjuangan n tak gadaikan persahabatan just untuk tegakkan idealogi..tue la harapan daripada insan kerdil yg tak dak apa2..klik aku pown angguk2 tanda setuju(bgus2..) tup2 ada kwan tny soalan cepuk mas.."awat hang xbetanding ? ("cakap pandai sngt"..getus rakanku di dalam ati..haha)..

terkesima sebentar..sebenaqnya aku ada niat nak menimba pengalaman sebagai calon tapi aku rasa buat masa la..

politik bukan bidangku..

politik bukan perjuanganku..

belum masanya aku berdiri..

menahan langit memasak bumi..

cukup sekadar aku memerhati..

menilai percakapan tulang perjuangan..

tiada apa yang mahu kubawa..

untuk kulaung meraih kepercayaan..

izinkan aku di barisan belakang..

untuk kufaham erti perjuangan..

lebih kurang macam tue la aku story kat depa suma..nampak dari reaksi muka macam buleh trima..alhamdulillah..so mlmnya aku p la dgaq kempen..memag hebat..aku makin kagum bila calon demi calon naek atas pentas untuk berucap..tapi saat yang paling aku kagumkan bila seorang ladies yang sah2 aku kenal yg 1st aku jumpa time MSK..

flashback sket(hehe..) :
masa tu aku kena wat T.O.T untuk LDK..memang kena buat untuk semua la..so aku pown ditugaskan untuk handle satu grup yg campor2 sekretariat..so masa aku handle grup tu aku perasan ada sorang ni dia diam sket..pemalu kot..huhu..xbyak cakap macam yg laen..so, aku pun try la approach dia..dia bg respon cket..so aku wat mcm besa..n then aku try lg skali..macam td jugak..dia jwap sket2 jew..ala kadar.."mungkin dia sorang yg besederhana kot" (kata hatiku kepada akal)..aku taw memang dia malu nk cakap kat depan..tapi masa gerak kerja MSK ada gak dia cakap kat depan masa perbentangan..aku da mula kagum sebab dia berani p depan untuk cakap..

tak sangka yg rasa kagum aku pada waktu MSK yg da lama tu btmbah dengan dasyatnya bila aku tengok dia kempen..dia naek..n mula bercakap..yup..aku prasan dia gagap..aku prasan dia gugup..n aku prasan dia malu..tapi..aku lebih prasan pada semangat dia..aku lebih prasan pada keberanian dia..bg aku dia da success..kalah ka menag ka xpenting..tapi pengalaman tu yg mahai..memang aku rasa sket rugi bila xamek pluang untuk try..tapi xpa..mungkin laen kali kn

the last day..malam..waktu kempen..aku tengok satu pihak berkempen..wah dasyat..tapi sayang..terlalu sibuk dengan hal org laen..menambah benci aku pada bidang politik..aku blah..p makan..hehe abeh makan ingat tros nak nek blk n wat assgment..tp ada lg satu pihak yg baru sampai..dasyat..berarak..ukhwah yg sangat hebat..terpanggil pulak nk mendengar..aku pown p lg skali ke tapak kempen..aku tunggu, aku dengar, aku lihat..hebat..tapi sayang..makin benci aku pada politik..masing2 sibok membuka aib pihak lawan..

terdetik d hati kecil
"macam mana depa ni nk bekerjasama bila da jd MPP??, xka depa sedaq yg nnti pasti depa suma akan berada dalam satu pasukan yg dilabel sebagai MPP??..kenapa politik mereka semua terlalu fanatik..melaungkan slogan menaikkan emosi..kenapa??..ok fine kalau nk dibandingkan kita dengan U laen..kita pnya politik kira soft la..tapi bg aku..yg sedia ada ni pown xcukup soft lg..sebab apa..sebab ini adalah UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS yg pasti melahirkan seorang BAKAL PENDIDIK..takkah kalian terfikir..inikah yg kita nak anak didik kita teladani??apa sebenarnya perjuangan kalian..adakah perjuangan itu telah kalian cemarkan dengan politik yg kononya politik kampus..selaraskanlah perjuangan kita dengan tujuan asal kita masuk ke sini..iaitu untuk mendidik diri menjadi seorang pendidik yang bakal mendidik anak didik yg masih hijau??"..mungkin tak kan ada yang mendengar jeritan hati aku waktu tu..

tapi hope nanti da menang suma idealogi n fahaman tu mekeme2 sume ketepikan la ye..sebab tanggungjawab yg terpasak di bahu masing2 lebih berat untuk dipedulikan..
apa pown harap2 suma MPP thun 2011 neh success la..
hoyeh2..

Yang Punya Blog,

Feb 15, 2011

~~T.O.T dan aku~~

"pagi yang gelap kini sudah terang..aku adikmu dah sah la kau abang"..nyanyi seorang jejaka yg agak papan(aku la tue..) d dalam atinya(sebab den soda soro den ni cam hampeh tapi kalau buat album habih yoo..haha) sambil menuruni anak, ibu n bapak tangga d KUO..sambil2 menuruni tangga sempat lagi aku meMAINTAINkan kehenseman yg semulajadi(hahaha.."nampak sngat nipu" ayat Usop dalam Hantu Kak Limah)

ntah kenapa pagi neh aku rasa cam semangat jew nk ke kampus walopon ari ni cuti Maulidur Rasul..kalo idak mesti aku masih berenang2 di atas katil sehingga lemas berkali2 sehingga terhasilnya air2 basi atau dalam istilah saintifik saliva basi..haha..

dengan matlamat yang jelas aku menstart enjin lori tayar 24 aku..destinasi yg nak dituju adalah Dewan Rahman Talib or lebih faymes dgn nama timang-timangan, DRT..niat di hati nak lew join T.O.T ngan dak2 keFB..bukan senang neh..maklum la individu2 di keFB ni merupakan mereka2 yg mempunyai ilmu yg bnyak sehingga mencurah2 ke ladang gangdum Pak Cik Halim Bin Sainudin (bukan nama sebenar or nama penuh)..

walaupun muka gua nampak ganas dan mengerikan tapi jiwa gua mudah koyak beb..hehe sebab dalam masa yg sama gua rasa malu beb..sebab apa??..haa yg itu kite tak taw (^_^)..tapi malu2 pown sampai jugak aku kat DRT tu..siap leh salam2 g..dah macam YB turun pdang waa cakap lu("ni kaki DVD neh" ayat Pak Jabit dlm Hantu Kak Limah)..

mula2 masok..da dapat ilmu daripada sifu, bro Afiq..dapat modul baru dowh..best..sempoi..memang tak rugi la aku datang..seperti yg aku jangka tu baru mukadimah jew..sebab lepas tu aku dihidangkan lagi dengan ilmu pengurusan majlis oleh bro Nan yg memang hebat cam otomen dalam bidang prokotol..berasa la jugak jadi pengarah program tadi (demo jew..haha)..sempat gak aku merapu dgn ucapan ala2 kempen Anti Rasuah.."marilah kita bersama2 membendung masalah rasuah di dalam negara kita dan hendaklah kita keluar mengundi di hari mendundi"..haa ni la ayat yg xtekeluar tadi..

sedar tak sedar aku lepak DRT sampai tengah hari la jugak..memang benar kata2 orang muda masa itu lebih laju dari ferari dan myVI..memang sangat2 enjoy T.O.T arini walaupun xda pown T.O.Tnya tapi apa aku kesah..janji dapat ilmu..bukan senang taw..lagipun arini dapat kenal kawan2 baru yg hapenning n ramah tamah..da leh tambah dah friend kat fb neh..hehe

tu jew untuk arini..aku sangat epy sampai xtaw nk luah cmna..so, alang da ada blog..aku taip jew la..mekeme-mekeme yg bace cerite teman ni harap shuke la macam mane teman shuke ye dak..baru lah kita semua leh SENYUM..

*last post..lepas ni nak cari kematangan dalam menulis..hehe sy akn menjadi blogger smula bila udah bersedia sepenuhnya..hoyeh2..

Feb 11, 2011

~~tak perlu kata apa-apa~


"tuu lah sekolah dulu taknak amek english education"
by USOP
bekas penari kebudayaan

lelaki kamera : encik kod (bukan nama sebenar)
lokasi : bandaraya Tanjung Malim
time : masa kecedaraan

Yang Punya Blog,


Feb 9, 2011

plup!!

aku taip punya taip..skali maw post..plupp!! laptop shutdown..
asbetos..huhu lupa sudah apa yg maw d post..tidoq je la..

Feb 8, 2011

~~ubat paling mustajab~

saya bukanlah agen dari syarikat ubat cap Pak Halim Orang Kampung mahupun salesman yang mahu mempromosikan produk kepada insan2 yg terdesak..hehe niat di hati teman hanyalah nk ingatkan mike2 termasuk teman sekali berkenaan dengan ubat yang paling mustajab baik dari segi apa pown..tapi cam biasa la bro, ni cuma gua punya pandangan dowh..hehe takdak dari mana2 rujukan ilmiah, salmiah, rodiah, kak kiah dan lain2..

bagi shaye ubat yg pling hebat yg xpayah susah2 nk cari kat kedai, shuping cumplex, farmasi berhampiran rumah ayah anda mahupun di klinik2 haiwan berdekatan..ubat neh da memang ada kat stiap orang..original wa cakap lu..hehe ubat yang shaye maksudkn adalah "SENYUM"..haa

dengan senyum neh macam2 penyakit boleh kita ubat..bukan takat sakit badan mahupun penyakit jiwa..semua boleh kita ubat as long as u believe in it n dgn ijin ALLAH "kun faya kun" msti boleh membantu..tapi tak la bermaksud kalo sakit tahap kronik snyum jew blh tros ilang sakit tue kn (mmg tutup la kilang ubat satu donia kalo camgitu..hehe)..kena la juga makan ubat kn..tenyum neh cuma pendorong kita jew untuk merasa lebih sehat walopon tengah sakit..

senyum neh gak boleh digunapakai untuk macam2 keadaan dan msti bnyk membantu..contoh, kalo nk ngurat..cube kamu ngorat ank dara or ank org tanpa senyum..bak kata nabil, memang kompom la dpt..dpt maki..hehe kita kena la tenyum sbb fitrah manusia suka pada benda yang indah n rupa dan wajah manusia ini yg indah terletak pada senyuman..bior le org ckp hidung kita neh kurang mancung ka, kulit kita cam bulan ka, mata kita cam cina tibet ka, hidung kita cam serombong kapai ka..hehe tapi selagi kita neh murah dengan senyuman..segala benda2 yg kurang best tue seoalah-olah terubat n orang mampu tersenyum bila nengok kita, macam kita neh da transform jadi hensem n chantek lak kn..haa hebat kn ciptaan ALLAH..

bak bait lagu malique ft najwa

bila saya senyum..
awak mesti senyum sekali..
bila kita senyum..
semua orang berjangkit..
bila semua orang senyum..
dunia TIADA PENYAKIT..

kesimpulannya, pihak yang bertanggungjawab (diri kita sendiri) haruslah memainkan peranan untuk memastikan dunia kita yang kita cintai ini kurang berpenyakit dengan menggalakkan senyum (bukan senyum galak yer..senyum suci..hehe) dikalangan kita..senyum adalah amalan yg mulia n jgn la anda sekalian lokek dengan senyuman mahupun pada waktu tu anda stress sbb kwan sebelah kentot senyap (kentot busok..haha)




S.E.N.Y.U.M


Yang Punya Blog,

Feb 4, 2011

~~dia potong kiri~~

nak dijadikan cerita..kemarin a.k.a yesterday..saya n my kawan had drive my kereta
to TaNjOng MaliM melalui jalan tinggi (highway)..keramaian kereta di highway neh bleh
tahan la..ramai..tapi still lancor la dari kilometer 134 menuju ke jalan mahameruu (sah aku hentam..haha)..disebabkan kereta yang agak ramai jadi aku pown pandu la bas aku
neh dengan agak slow (ala 120km/jam jew..haha poyo jap)..macam2 spesis kereta
yang ada..yang beso, kecik, kurus, gemok, petak, bulat, bujor dan mcm2 lglah..

da agak2 2jam lebih2 sket aku drive..tiba2..(jengjengjeng)..kereta depan brek mengejot dowh..
alhamdulillah aku dan(sempat) brek terkejut..kalo x memang da jadi arwah la den..hehe
aku pown jadi curious, "apa pasai ini suma worang kasi slow dia punya kenderaan"..perjalanan aku menjadi terbantat (cam kek bantat)..panjang kowt jemnye..dekat2 n jauh2 5000meter la jugak..

waktu ni la aku baru blajaq perangai orang Malaysia yg xmahu tanggung dan jawab..dengan slumbernya mereka2 iney memotong dari sebelah kiri dan menggunakan line mututsikat..
tak patot, tak patot..da la guna line mututsikat..laju plak tue..hadoiyaii..cian kat penunggang mututsikat yang masa tuh tgah kesejukan di tengah ujan yang lebat..makin lama, makin ramai
serta menjadi2..aku sikit frust la kan sbb yang potong kiri neh sumanya nek kereta yang
cikai2..mcm BIW, MERCENDES, HUNDA, TUYUTA dan HYONDAI..

dari kerhete yang teman nengok..sah..memang sah yang memandunya orang yg kaye dan raye
yg jugak melambangkan diaworang iney mempunyai IQ yg tinggi..kalo idak mane buleh gune kerhete yg ghope itu..tapi malang IQ yg tinggi xsepadan n selaras dengan tindakan yg diambil
haih..iney yg menjadi cabaran kepada bakal2 guru nanti..haa ingat tue..

IQ rakyat kita dah semakin meningkat saban tahun tapi EQ pulak yang makin merudum..
jadi moh la kite sebagai pelapis kepimpinan masa hadapan same2 pikior utk
solve the problems..kes yang teman bawak ni baru seciput jika nk dibandingkan dengan yg belambak lagi kat luar sinun..jgn sampai kita, anak kita, cucu kita, cicit kita,
cocot kita(men hentam jew..haha) pown jatuh EQnya baru kita nk mengeluh..

pekara remeh yang dianggap remeh
bisa menjadi masalah negara..

pimpin dirimu untuk memimpin yg lain..



model : HUNDA CIVIL
tahun : arnab
max. speed : 300 kuasa keldai
spesis : kereta tayar 2 berkaki 4 limited edition


Yang Punya Blog,

Jan 19, 2011

~sahabat sejati~

Ku biar kalam berbicara..
Menghurai maksudnya di jiwa..
Agar mudah ku mengerti..
Segala yang terjadi..
Sudah suratan Ilahi..

Ku biarkan pena menulis..
Meluahkan hasrat di hati..
Moga terubat segala..
Keresahan di jiwa..
Tak pernah ku ingini..

Aku telah pun sedaya..
Tak melukai hatimu..
Mungkin sudah suratan hidupku..
Kasih yang lama terjalin..
Berderai bagaikan kaca..
Oh teman, maafkanlah diriku..

Oh Tuhan..
Tunjukkan ku jalan..
Untuk menempuhi dugaan ini..
Teman, maafkan jika ku melukaimu..
Moga ikatan ukhwah yang dibina..
Ke akhirnya..

Aku tidak kan berdaya..
Menahan hibanya rasa..
Kau pergi meninggalkan diriku..
Redhalah apa terjadi..
Usahlah kau kesali..
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi..
sahabat sejati, UNIC..

khas buat sahabat..moga terus kita bersahabat..(^_^)

Yang Punya Blog,

Jan 14, 2011

~imiginasi dan kePOWERannya


sering kali manusia melihat sesuautu dihadapannya dan menyoal dirinya "mengapakah.."
tapi mengapa tidak kita membayangkan sesuatu yg baru dan menyoal diri
"MENGAPA TIDAK"..
-Bernard Shaw-

so..jika anda setuju dengan kata2 ini..
jangan berhenti untuk berangan2..

jika anda berhenti..

anda baru sahaja menghalang satu lagi kejayaan
yg mungkin bakal merubah hidup anda..
(chewah cam pakar lak..haha)




Jan 12, 2011

~angan biar setinggi gunung~

haish assigment nak kena submit minggu depan..tapi motivasi ke arah itu malap dan pudar seperti kata2 rosa dalam lagunya "ku rasakan pudar dalam hatiku"(nyanyi dengan nada off key..haha)..

urmm dalam hati risau, tapi luaran cool..hipokrit dengan diri sendiri atau bahasa kasar menipu diri..common la..genggam semula angan2 yg penah dipasak dulu..clearkn niat asal datang ke U..

memang adanya peluang ke-2..tapi apa yg nk di buat andai ALLAH xbg peluang untuk mencuba sekali lagi..fikir balik la..datang belajar ni pown membawa bersama harapan ramai org..mak, abah, family, diri sendiri..

go, go n go..jangan sesekali meletakkan diri dalam keadaan yg selesa sebab itu adalah langkah pertama ke arah pengurangan daya usaha untuk berubah ke arah yg lebih baik..tak salah nak selesa tapi mungkin kena pastikan selesa itu kena pada tempatnya..

wake up, tak payah la nak terus lalai dengan kejayaan yg dicapai..kalo tak da motivasi untuk move on adalah mustahil sama sekali untuk terciptanya kejayaan yang lain..kan da rugi..

maybe perlu untuk menoleh ke belakang..biarla org nak cakap yg cara ni bukan cara orang berjaya..tapi pegang la pada kata2 "saya seorang gagal yang kini telah berjaya"..bukan apa, supaya paling tidak timbul kesedaran yg kegagalan tu perit dan cubalaa sedaya upaya untuk tak rasainya lagi..

semua ni mesti kita cuba praktikan untuk pastikan angan2 Mat Jenin yg dipasak kukuh dalam hati berubah menjadi cita2 untuk dicapai..

untuk capai target just follow this formula:

-TARGET (cita2) mesti jelas
-OBJEK (diri) mesti BERAT (motivasi)
-VELOCITY (usaha) mesti tinggi

kalau da ikut formula ni..lontarlah objek ke arah target..tinggi mana pun target..yakin lah dengan izin ALLAH, u can reach it..for sure..just give it a try..

khudree adha bin che ahmad..you must go on..insya'ALLAH i will..




Yang Punya Blog,

Jan 6, 2011

~senyum yoo laa~

senyumlah senyumlah ahaii cek mek molekk..
hadoii..aku tak paham la ngan sesetngah manusia neh..
susah sangat nk mengukir senyuman..bukan susah pown..
just say "TIGEEEEEE" haa da tesonyum..tapi susah jugak nk ukir snyuman..

islam kn da galakkan.."senyum itu satu sedekah"..snang jew
"snyum kalu itu sedekah juga ada bagi", kata mamak yg sedang mecebok
lauk untuk pelanggannya..hehe..

ye la kn..manusia ni kn pelbagai n unik..tp kenalah kita sama2 usaha agar
kita menjadi unik yg tak menyusahkan org len..kn da menjejaskn hubungan
diplomatik antara individu..susah nnt..nak tak nya ALLAH duga kita ada maslah..
haa siapa yg akan bantu kita kalo dgn prangai kita yg rhope itu.."cee pikee, cee pikee.."

teman ni idak la baguih sngat..tapi sajee nk ingatkn..biase la, teman pown
manusiee, mudah bebenoo lupanyee..jadi ingatlah yee..

jgn lokek memberi snyuman..kerana hnya dgn snyuman, harimau di hutan
mudah dijinakkan..ini perumpamaan je laa noo..jom sama2 pikiaq dalam2..

sekian,



Yang Punya Blog,