Pages


Nov 22, 2010

TAbib YanG MaHu BelaJAR

pada satu masa dahulu di sebuah negeri tinggallah seorang raja..namun pada satu hari raja negeri itu telah jatuh sakit yang menyebabkan baginda tidak dapat melakukan rutin hariannya..lalu baginda telah mengarahkan semua tabib di negerinya untuk cuba menyembuhkan penyakit baginda..

lalu keluarlah semua tabib di setiap pelosok negeri untuk cuba menyembuhkan penyakit raja tersebut..dengan takdir ALLAH S.W.T tiada seorang pun daripada tabib ini berjaya untuk menyembuhkan penyakit raja..baginda sangat berduka cita dan hampir berputus harap..

pada suatu hari datang seorang remaja yang berusia 17tahun pada ketika itu mengadap raja..beliau menyatakan hasratnya untuk mencuba nasib untuk mengubati penyakit raja..dengan izin ALLAH S.W.T penyakit raja sembuh dan baginda berasa sangat senang dan mengambil keputusan untuk memberi hadiah kepada tabib muda yang telah menyelamatkan nyawanya..

lalu baginda telah memerintahkan tabib muda untuk mengadap baginda lalu baginda pun bersuara "wahai tabib muda, sesungguhnya engkau telah menyembukan penyakitku, khabarkan apa mahu mu, pasti akan aku berikan"..tabib muda terdiam..lalu baginda bersuara lagi "adakah kau mahu mengahwini puteriku yang cantik ini?"..tabib muda menggelengkan kepalanya..

lalu baginda bersuara lagi "adakah kau mahukan pangkat wahai tabib muda?"..sekali lagi tabib muda terdiam dan menggelengkan kepalanya..baginda bersuara "adakah kau mahukan harta dan kekayaan?"..tabib muda menggelengkan kepalanya lagi..baginda meninggikan suaranya "jadi apa yang kamu kehendaki wahai tabib?"..tabib muda pun menjawab"aku mahu membaca setiap buku yang ada di dalam perpustakaan negara ini"..

mendengar sahaja jawapan tabib, kesemua pemerintah negara yang ada di situ tercengang dengan permintaan tabib muda yang tidak mereka sangkakan..permintaan tabib muda ini diperkenankan oleh raja dan tabib muda mula membaca setiap buku yang ada di dalam perpustakaan negara itu..

akhirnya tabib muda ini telah menjadi seorang tokoh perubatan dunia yang dikenali sebagai "avicenna" di barat dan dikenali sebagai Ibnu Sina bagi umat islam..beliau telah menerbitkan buku yang bertajuk "The Cannon Of Medicine" yang menjadi rujukan perubatan barat selama berdekad-dekad..

cuba kita ambil sedikit pengajaran daripada post saya kali ni..bertapa hebatnya peribadi seorang insan yang bernama Ibnu Sina yang sentiasa mahu belajar dan lihatlah hasilnya..namanya gah seantero dunia dan menjadikan ilmunya memberi manfaat kepada manusia sejagat..bahkan jauh melangkaui zamannya..mungkin kita rasa tidak mampu untuk menjadi seperti Ibnu Sina yang hebat dengan sifatnya yang tamakkan ilmu..

namun, tak salah kiranya kita mencuba untuk mencontohi kerana pepatah arab ada menyatakan yang seerti dengan "lebih baik sedikit pada tiada langsung"..masa masih ALLAH lapangkan untuk kita bagi menuntut ilmuNYA..jadi jangan kita terus alpa dalam menuntut ilmu..

sekian..


ilmu dan buku ibarat irama dan lagu..hehe


Yang Punya Blog,

1 KuMEn:

Anonymous said...

like2!!

Post a Comment