Pages


Mar 8, 2011

~~aku, bas dan kehidupan~~

semenjak aku ada tenggiling ni (myvi Pak Teh Mad)..tak pernah dah aku naik bas..asyik nek tenggiling je nak ke mana sekalipun..tapi, tak juga babat(lemak) aku bertambah ataupun beranak macam individu-individu normal yang lain..aku maintain slim river..mungkin genetik abah lebih dominan daripada genetik mak..tapi tak apa aku redha dengan takdir ALLAH..mungkin aku lebih kuat apabila aku slim..walaupun bukan dengan fizikal, sebab aku hanya mampu mengangkat 100 kampit guni beras (yang kosong)..mungkin aku boleh explore kelebihan dari sudut lain..macam kebolehan tidur sambil duduk, makan sambil cakap, membaca doa makan secara kuat, menyanyi dalam bilik air dan lain-lain..ALLAH lebih mengetahui apa yang diaturkan..

sebenarnya bukan pasal 'slim' yang ingin aku perTAIPkan disini..kalau tengok tajuk entry aku yang dah macam sajak A. Sahab Toib, mesti anda semua tak sabar-sabar mahu membaca post saya sehingga habis..sabar yer..baca secara perlahan-lahan serta penuh tatasusila..

nak dijadikan cerita, minggu ni aku terpaksa naik bas semula untuk ke kampus dan pulang ke kolej..oleh kerana tenggiling kesayangan dikidnap oleh mereka yang bertanggugjawab..jadi, aku pun dengan redha naik bas..selalunya aku akan tengok je orang-orang yang tunggu bas dengan wajah bangga sebab ada kereta..tapi, hari ni aku kena beratur macam masa sem 1 dan 2 dulu..best je aku rasa..dah lama tak tunggu bas dan tengok orang berebut-rebut naik..disebabkan kemachoan (nampak sangat menipu..hehe) aku terpaksa berdiri sebab taknak berebut naik bas..padan muka aku..takpa la aku redha..

tunggu punya tunggu last-last dapat juga aku naik, cuma aku rasa agak gelabah bila depan dan belakang aku ada student perempuan dan tak ada tempat untuk aku bergayut bagi menafikan daya Inertia daripada pergerakkan bas..gua memang cuak dowh..haha muka aku masa tu dah takda darah..jadi aku tawakkal je lah..Alhamdulillah..sampai juga aku kat kampus..nampaknya keupayaan aku untuk mengibang badan agak hebat..mungkin faktor jisim badan yang kurang membantu aku untuk berjaya..hehe

so, semua orang pun dah mula bergerak nak turun..aku pun nak la berjalan turun..tapi, tiba-tiba jadi terbantut..ye la, ada orang potong Q..cikgu-cikgu yang duduk cepat-cepat bangun dan nak turun dulu..jadi kami ni yang berdiri bagai nak rak terpaksa bersabar..dah la penat aku mengimbang badan..tup, tup kena tunggu lagi untuk turun..mungkin kesedaran sivik cikgu-cikgu yang menikmati empuknya tilam tidak begitu tinggi..aku ingatkan sem 1 dan sem 2 je macam ni..rupa-rupanya sikap cikgu-cikgu kita masih tak berubah..mungkin tak salah kalau aku gelar mereka sebagai individu yang mementingkan diri..

bukan nak mengeluh sebab terpaksa berdiri..cuma geli hati apabila ada yang bakal menjadi cikgu tapi tidak mahu memantapkan tahap EQ masing-masing..kita semenjak kecil telah didoktrin dengan keperluan untuk memastikan IQ yang tinggi..tapi jarang sekali kita disuruh untuk menyeimbangkan IQ dengan EQ..mungkin ada yang berpesan..tetapi sejauh manakah kita seorang guru berusaha ke arah tersebut..terfikir sejenak aku di dalam hati "ni baru dalam bas, belum lagi hal-hal lain"..mungkin siswa siswi bakal pendidik perlu sedar dan ubah lah konsep yang mungkin sudah mula bersarang di hati masing-masing

ye la kan, suka tak suka kita tetap akan jadi seorang guru yang bukan sahaja untuk mengajar, tetapi kita sebenarnya perlu mendidik..kalau sekadar mengajar tak perlu rasanya kita nak bertapa di Universiti kesayangan kita ni selama 4 tahun, mungkin setahun dua pun dah cukup..tapi kita nak mendidik yang pastinya memerlukan roh seorang guru yang mahu membentuk anak bangsa..so nak tak nak kita kena jadi role model..ye la kan..kita ni bukan sahaja mahu anak didik kita mendalami bidang akademik jah..tapi kena la juga pastikan diaorang ni ada sahsiah yang mantap..kalau nak ajar orang lain, kena la kita didik diri sendiri dulu..saya pun tidaklah sehebat, sebaguih, seteror mana..mungkin sekadar sama ingat mengingatkan..tak salah untuk kita berubah ke arah yang lebih baik..mungkin lepas ni bila naik bas..bertimbang rasalah pada mereka yang bediri..kesian deme..

hehe..pesanan ikhlas ini dibawakan oleh Harun Automotive, pembekal mesin rumput anda..(^_^)

'change your self to change others'



Yang Punya Blog,


5 KuMEn:

nurain roslee said...

:D

✿ANNURLHAM✿ said...

Apa boleh buat, Harun Automotive jugak yang dapat nama~ :D Apa pun, entri yang best. Tahniah! ;)

alim dengan ilmu said...

nurain: (^_^)

cikgu AF: biasa la..pihak penaja la ktakan..thanks

rain&rainie said...

jln kaki la weyhh.exercise cket..hahaa

Miss Fairy said...

entri yang comel....:)

Post a Comment