Pages

Nov 26, 2010

LOVE is CHENTA..

love is chenta..
ajaib dan mengagumkan..
hanya sehari untuk terpalit..
namun bertahun untuk difahami..

love is chenta..
banyak bahagia dari derita..
namun itu bukan satu fakta..
bergantung juga kepada pebawanya..

love is chenta..
tuamu seakan muda..
keluargamu bukan saudara..
dunia seindah syurga..
cinta ini usah ditanam..

love is chenta..
bentuklah ia dari acuan akidah ..
pasti syurgalah dunia dn akhirat..
pasti keluarga kekal saudara..
pasti bahagia melangkaui derita..
pasti..

love is chenta..
hidupmu pilihanmu..

sekian..

Yang Punya Blog,

Nov 22, 2010

TAbib YanG MaHu BelaJAR

pada satu masa dahulu di sebuah negeri tinggallah seorang raja..namun pada satu hari raja negeri itu telah jatuh sakit yang menyebabkan baginda tidak dapat melakukan rutin hariannya..lalu baginda telah mengarahkan semua tabib di negerinya untuk cuba menyembuhkan penyakit baginda..

lalu keluarlah semua tabib di setiap pelosok negeri untuk cuba menyembuhkan penyakit raja tersebut..dengan takdir ALLAH S.W.T tiada seorang pun daripada tabib ini berjaya untuk menyembuhkan penyakit raja..baginda sangat berduka cita dan hampir berputus harap..

pada suatu hari datang seorang remaja yang berusia 17tahun pada ketika itu mengadap raja..beliau menyatakan hasratnya untuk mencuba nasib untuk mengubati penyakit raja..dengan izin ALLAH S.W.T penyakit raja sembuh dan baginda berasa sangat senang dan mengambil keputusan untuk memberi hadiah kepada tabib muda yang telah menyelamatkan nyawanya..

lalu baginda telah memerintahkan tabib muda untuk mengadap baginda lalu baginda pun bersuara "wahai tabib muda, sesungguhnya engkau telah menyembukan penyakitku, khabarkan apa mahu mu, pasti akan aku berikan"..tabib muda terdiam..lalu baginda bersuara lagi "adakah kau mahu mengahwini puteriku yang cantik ini?"..tabib muda menggelengkan kepalanya..

lalu baginda bersuara lagi "adakah kau mahukan pangkat wahai tabib muda?"..sekali lagi tabib muda terdiam dan menggelengkan kepalanya..baginda bersuara "adakah kau mahukan harta dan kekayaan?"..tabib muda menggelengkan kepalanya lagi..baginda meninggikan suaranya "jadi apa yang kamu kehendaki wahai tabib?"..tabib muda pun menjawab"aku mahu membaca setiap buku yang ada di dalam perpustakaan negara ini"..

mendengar sahaja jawapan tabib, kesemua pemerintah negara yang ada di situ tercengang dengan permintaan tabib muda yang tidak mereka sangkakan..permintaan tabib muda ini diperkenankan oleh raja dan tabib muda mula membaca setiap buku yang ada di dalam perpustakaan negara itu..

akhirnya tabib muda ini telah menjadi seorang tokoh perubatan dunia yang dikenali sebagai "avicenna" di barat dan dikenali sebagai Ibnu Sina bagi umat islam..beliau telah menerbitkan buku yang bertajuk "The Cannon Of Medicine" yang menjadi rujukan perubatan barat selama berdekad-dekad..

cuba kita ambil sedikit pengajaran daripada post saya kali ni..bertapa hebatnya peribadi seorang insan yang bernama Ibnu Sina yang sentiasa mahu belajar dan lihatlah hasilnya..namanya gah seantero dunia dan menjadikan ilmunya memberi manfaat kepada manusia sejagat..bahkan jauh melangkaui zamannya..mungkin kita rasa tidak mampu untuk menjadi seperti Ibnu Sina yang hebat dengan sifatnya yang tamakkan ilmu..

namun, tak salah kiranya kita mencuba untuk mencontohi kerana pepatah arab ada menyatakan yang seerti dengan "lebih baik sedikit pada tiada langsung"..masa masih ALLAH lapangkan untuk kita bagi menuntut ilmuNYA..jadi jangan kita terus alpa dalam menuntut ilmu..

sekian..


ilmu dan buku ibarat irama dan lagu..hehe


Yang Punya Blog,

Nov 17, 2010

SeNAngnYA BerSAliN

once upon a time..haa da macam ptdingan bercerita neh..haha
tersebutlah kisah di one kampung in one country..ada la orang pompuan nak besalin..da nama pown kampong, jd ramai la org kg yang mengikuti perkembangan proses peNYALINAN baby bru kg tue..tapi disebabkan baby neh merupakan baby sulong a.k.a baby tua jadi susah la nak kluar..malu g la tue..so dari sejam ke dua jam ke tiga jam..da berjam2 xnak juga kluaq2..

so penduduk yang menunggu di bilik "waitaing" pown g la jmpa org yang pling bijak kat kg tue..kot2 la taw method nak bagi cepat besalin..beliau juga dikenali sbgai Pak Pandir..smpi jew kat umah pak pandir penduduk neh pown story la kt Pak Pandir the situation..jadi pak pandir yg mmg popular ngan kepintarannya dah kluaq ngan satu solution..jadi pak pandir g blik dia jap..dalam 2 3 ratus saat pak pandir pown dtg blk n bagi satu bungkusan kt penduduk neh n soh diorang tunjuk je objek 2 dpan pintu bdak tu nak kluaq..(nak explain lebeyh2 kang kena band la blog den neh..haha paham2 la ye dak)..

tnpa disangka2 tnjuk jew objek tue..trus baby tue kluar..so, penduduk neh mmg kagum la ngan method pak pandir neh..diorang pown g la tnya apa bondo yg pak pandir bg kat diorang tue..dengan slumber pak pandir ckp.."aku bg menan (mainan)"..the villagers da pelik "apa kaitan menan ngan besalin neh??"..dgn mengekalkan kehenseman beliau pak pandir jawap "ye la, da nama pown budak, dia nampak je menan tue dia cepat2 la kluar sebab nak main..budak kan"..penduduk kampong tercengang dan kaget.. habeh cita..


gini la kot ibu ngandong tuh..hehe

Yang Punya Blog,

*kredit to "eh! wat yu taliking, 2007"


Nov 16, 2010

BeLiAU TeLah Mati

dulu aku xsuka sangat ngan kucing ni..yup kucing tue memang antara binatang kesayangRasulullah S.A.W..tapi xtaw la aku memang rimaih tahap gaban
kalau ngan kucing ni..asyik menyondol jew..hehe..tapi aku xsuka bukannya benci..aku still ada ehsan la kalo berhadapan dengan makhluk ALLAH yang ni..

so, keTIDAK SUKAAN aku tu beterusan semenjak kali pertama aku kenal apa itu kucing yang juga dikenali sebagai 'CAT' dikalangan orang kg aku (kuikui) smpai la tahun lepas..nak dijadikan story..my bro telah mengutip seekor kucing yang patah kaki kena langgo ngan kapal terbang ringan cap "babbas" kot..mmg sadis la keadaan beliau, kaki patah, jalan pown tepaksa seret badan..kaki yang patah tu jd bengkok..so secara xsemena-mena beliau telah familyku namakan capek (haa..cam si capek kt TB 2 tue..huhu)..

so hiduplah beliau di rumah aku yang masa tue da kepupusan spesis ni atau dalam bahasa mudah da xbela kucing la..kiranya beliau ni merupakan hidupan tunggal dari spesisnya kat rumah aku..disebabkan beliau ni pompuan a.k.a betina..so ada la jantan yang cuba menTACKLE beliau..dia neh mmg spesis xpndai melawaan godaan..jadi, selang beberapa bulan pastu beliau telah melahirkan anak-anak luar nikah..ye la sbb beliau mana perlu menikah cam manusia..haha sejak tue makin beso la kluarga beliau neh..da berapa kali ngandong ngan beranak pown aku xtaw..kuat toi,,haha

so, capek ni telah menjadi perhatian keluarga aku la..sbb dia ni manja..masa ni la ALLAH S.W.T tunjukkan kePOWERanNYA, tak aku sangka-sangka aku memang sayang gila kat capek ni..asal balik rumah jew aku mesti tanya pasal kabo beliau lpas aku da round salam suma ahli family..kira aku memang da jatuh cinta la kat dia..haha lepas dari detik dia sampai kat umah aku, aku memang da sukakan kucing..kira memang dia ni Rahmat ALLAH S.W.T..sebab aku da boleh sukakan kucing seperti mana Rasulullah S.A.W..kira sunnah la beb..alhamdulillah

tak kusangka panas itu xberpanjangan..hujan kilat + banjir kilat di petang dan malam hari..ari khamis aritu aku yang sayangkan beliau telah terbunuh beliau la..alaa sobsob..sedih gak la..aku masa tu dalam keta nak g amek anak sedara (aku kat umah jadi pemandu bas sekolah..haha)..nak gostan (reverse) keta..dan budak2 neh (kucing2) da memang tabiat suka lepak bawah keta..sebab hangat kot..maklum la cuaca skarang neh..tapi aku xsangka la capek nak lepak bawah keta aku sebab keta aku parking jauh dari rumah..so aku dengan confident sambil nyanyi dalam ati lagu "Yakin Boleh!!" menGOSTAN keta dengan laju sebab da lambat..

tiba2....jengjengjengjeng.."GEDEBUK" aku telanggor sumtin..aku da gelabah..sbb menatang apa la yang aku da langgo..aku ushar side mirror tgk capek lari..ah..ini bukan alamat baek..aku tros kluar n P kat capek..dia da tarik nyawa..adeh ALLAH je la taw betabah luluh ati aku neh..aku memang touching tahap cipan ah..aku gagahkan gak drive g amek dak2 skolah dalam keadaan yg xleh tumpu..balik jew aku tros tanam beliau dengan tangan aku sendiri..family aku mmg sedih ah..hadoii..xpa la moga apa yang tejadi ni ada hikmahnya..apa pown life must go on..

*CINTA itu nikmat ALLAH yang indah..




CaPEk (unknwon - 11 November 2010)

Yang Punya Blog,

Nov 13, 2010

apa yang

aPa ItU :

-terang bukan siang-

-gelap bukan malam-

-pedih bukan luka-

-manis bukan gula-


BiLa DiNikMAti:

-tua menjadi muda-

-kenyang tidak bermakna-

-keluarga bukan saudara-

-dunia menjadi syurga-


Yang Punya Blog,