Pages


Dec 30, 2010

~klip pok klip pok mata kedip-kedip~

klip pok klip pok mata kedip-kedip..
masa berlari umpama ferrari..
tiga minggu bagai dua tiga hari..
tercapai sudah apa yg diimpi..

klip pok klip pok mata kedip-kedip..
biar bervariasi ragam dan perangai..
namun dengan "tenang.." kita gaulkan..
nyata menjadi resepi agung..
menu kejayaan menjalin ukhwah..

klip pok klip pok mata kedip-kedip..
berbalah bukan untuk membelah..
sekadar menegur silap dan salah..
agar belajar untuk mengubah..
apa yg sukar sama dipermudah..

klip pok klip pok mata kedip-kedip..
masa mengadun ukwah persahabatan..
dimuat dalam satu tujuan..
dibakar dengan semangat berpasukan..
melaksana misi menimba pengalaman..
tak terasa lelah dek nikmat kepuasan..

klip pok klip pok mata kedip-kedip..
walau sedetik kita dipertemukan..
tanpa berlengah kita berkawan..
tanpa segan kita berkenalan..
pasti ku kenang semua taulan..

klip pok klip pok mata kedip-kedip..
semangat kian bernyala marak..
memotivasi diri langkah diorak..
tak rela berhenti walau ditolak..
pasti ku cuba sehingga sengkak..

klip pok klip pok mata kedip-kedip..
MSK Disember melabuh tirai..
bererti tangguhnya sesi pertapaan..
buat diri menyedut pengalaman..
yang pasti bersambung semester hadapan..

sekian...

Yang Punya Blog,

0 KuMEn:

Post a Comment