Pages

Oct 8, 2011

~~aku dan kerbau~~

Assalamualaikum dan salam sejahtera..Hope all of u sihat-sihat belake..aku sihat yo..Cuma otak jek kureng sihat..Banyak bondo la nak difikirkan, citernye sampai bengkak la jugak otak ni aku kerja kan (sah-sah nipu ni, jangan pecaye plak..hehe)

Kalau nengok tajuk post kali ni..korang mesti rasa aku telah mengerbaukan diri kan..No, no, no..jelas lagi terbukti bahawa aku dan kerbau tidak dapat dicari titik persamaan kerana aku bukan kerbau dan kerbau juga bukan aku..So, kalau nak tau moh bace post aku untuk pagi bute ni..

Nak dijadikan cerita..Tadi lepas aku makan-makan bersama teman..terlintas la idea nak pergi rikie(tengok) jalan nak ke kolam air panas yang berdekatan dengan Tanjong Malim ni..Katenye dekat Kampung Slim..Dekat beno dengan Sekolah Kebangsaan Slim River..So, dengan kegagahan kereta berenjin 1.3 yang belum habis bayar..Aku menyegerakan diri untuk ke sana..Jalan nak ke simpang Kg Slim ni bukan main gelap lagi..nasib kereta aku ada lampu..kalau idak mau bute la kejap..Walaupun gelap, aku maintain macho seban kereta ada lampu..

Jalan punya jalan punya jalan..Tak sampai, sampai jugak..naik kematu pung..tuttt...tuttt (sendiri mau ingat la brader)..oleh sebab jalan bengkang-bengkok..Jadi, aku pun drive dengan penuh tatasusila dan berlakon seolah-olah ada JPJ yang sendang menilai aku untuk memberikan lesen..so, kereta berenjin 1.3 yang mampu memecut hingga 100km/j dalam masa lebih lima saat aku bawak pelan ja..dalam 120km/j..haa nampak macam laju kan..tapi sebenarnya tak pun..cer tolak 120km/j dengan 80km/j..40km/j je..

tiba-tiba..seorang kerbau yang hensem serta gagah telah berlari ke arah keretaku yang sedang meluncur steady di tengah jalan sambil menyanyikan lagu "jika kau fikirkan kau boleh" ..GEDEGANG!!!! satu pelanggaran berskala kecil telah berlaku..Beliu, encik kerbau telah melarikan diri dari tempat kejadian dan gagal dikesan..Bersepai jugak la bahagian depan kanan kereta aku..Alhamdulillah takde pekara buruk yang berlaku kecuali kereta aku yang bertambah buruk..Kerbau, kerbau..Lu sudah kasi malu sama gua la..haiya..

moral of the story.."La Tahzan, ALLAH ada"