Pages

Apr 16, 2011

~~aku yang masih hidup~~

Hidup!! Hidup!!..hehe gurau jek..dah bersemut, bersawang, berlumut dan macam-macam 'ber' lagi la blog aku ni..jangan risau yer..penulis blog yang tidak seberapa ini masih lagi diberi kesempatan untuk hidup bagi menikmati seribu macam (hakikatnya lebih dari seribu) nikmat yang dikurniakan ALLAH untuk hamba-hambanya..dah lama tak update blog ni..mungkin disebabkan masa yang disempitkan dan ilham yang dikaburkan menjadi penghalang untuk saya mengupdate blog ni..

so, hari ni aku bercadang nak kongsi sikit-sikit berkenaan apa yang dah berlaku dalam kehidupan aku sepanjang ketiadaan post aku di blog iney..kalau nak diceritakan secara jujurnya memang tak cukup la page blog aku ni..tapi to be smart (agak la..hehe) aku cuba pendekkan mana yang panjang, ringkaskan mana boleh..kata kunci pada penceritaan aku pada kali ni adalah 'tanggungjawab'..inilah medium yang diasbabkan pada aku untuk diduga/ diuji dengan pelbagai permasalahan duniawi yang pastinya akan melarat sehingga masalah ukhrawi jika tidak diurus dengan sehensem yang mungkin (seelok-eloknya la maksudnya ni..hehe)

12,13 dan 14 Mac
aku telah diamanahkan untuk membawa sekumpulan fasilitator ke sebuah sekolah di Port Dickson untuk mengendalikan kem kepimpinan pengawas..pengawas ok bukannya pemawas..hehe pada mulanya segala perancangan berlangsung dengan cemerlang, gemilang, terbilang..tuptup sudah tukar kepada satu masalah yang tunggang langgang..masaelah mula menampakkan dirinya disaat BASikal yang diharapkan untuk membawa jemaah fasi ke sana tidak dapat dihadirkan oleh bahagian pengangkutn disebabkan keterbatasan bilangan spesis itu di UPSI..cess, takpa..setelah gagal pada cubaan pertama, aku terus mencuba pula untuk kali yang kedua sambil menyanyikan lagu Faizal Taher "cobaa kau cobaa dududu~~" untuk mendapatkan VANhelsing pula daripada HEP..tapi dengan comelnye brother yang bertindak sebagai penjaga VAN tersebut menolak permohonan aku atas alasan yang sama..benar sungguh kata pujangga "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga" (dah, dah tak payah nak fikirkan motif aku ketengahkan pepatah ni sebab memang takda kaitan pun dengan post aku..hanya sekadar selingan..kuikui) konklusinya, terpaksalah aku menawarkan haiwan peliharaan aku iaitu encik tenggiling untuk menjadi kenderaan utama kami ke Port Dickson..dengan bantuan 2 lagi ekor kancil yang disewa, kami bergerak ke PD sambil menyanyikan lagu "Owooo wooo balik kampung"..Alhamdulillah kem tersebut berjalan dan adakalnya berlari serta merangkak dengan lancar dan banyak ilmu yang aku timba, baldi dan gayung daripada abang dan kakak senior..memang bermanfaat dan berbaloi-baloi..(^_^)

19 dan 20 Mac
minggu ni pula..persatuan aku telah menganjurkan pertandingan Motivater Intervasiti 1 Malaysia yang turut disertai oleh beberapa universiti tanah air seperti UTM, UNIZA, UMS, UNITAR, UUM, UPNM dan UPSI sendiri..secara kasarnya seramai 21 orang peserta yang bersedia untuk bertanding..yang tak bestnya aku yang tak seberapa ini telah TERpilih di masa tambahan atau lebih dramatiknya di saat-saat akhir untuk mewakili UPSI sebagai peserta ke-2..jujurnya memang serabut..dalam masa yang sama persatuan yang aku cintai ini telah memberi mandat kepada aku untuk menggalas tanggujawab sebagai Ex-Officio dalam program ni..dah macam vico 3 in 1 dah gamaknya..nasib baru 2 in 1..hehe pertandingan ni berlangsung selama 2 hari berturut-turut..jadi, bermulalah satu kisah pertarungan dewa-dewa(hehe poyo jap..) untuk merebut hadiah berupa piala replika 1 Malaysia serta sedikit imbuhan dalam bentuk wang ringgit (ishh dunia,dunia..hihi)..masa peringkat saringan aku telah melakukan pekara yang tak pernah aku buat iaitu menyanyi dengan muka yang cute untuk mukadimah ceramah..memang agak malu la..terasa diri seolah-olah memakai topeng ultraman taro..sah muka tak malu..hehe takdir ALLAH lebih berkuasa daripada semua makhluk yang tidak ada sebarang kuasa..aku lepas peringkat saringan dan dibenarkan untuk beraksi di peringkat semi-final pada sebelah petangnya..memang macam tak percaya la juga..ye la, banyak lagi peserta yang hebat-hebat dari aku..tapi tak boleh tipu la yang aku agak bangga la dengan pencapaian aku walaupun baru peringkat separuh akhir..kembang la juga hidung ni, tapi still cover hensem lagi la..(^_^) so masa semi ni aku bantai sungguh-sungguh apa yang termampu..sekali lagi aku berjaya dengan izin ALLAH untuk ke peringkat final pula pada esok paginya..macam nak tercabut dah usus-usus perut, cuak punya pasal..tapi seperti lazimnya saya masih mampu menampak serta menonjolkan kemachoan diri walaupun hakikatnya anda yang lebih mengetahui..hehe..time nama aku diseru oleh MC, aku melangkah dengan gagah dan bantai menyanyi lagi sekali..tapi hampeh, terlupa lirik pulak..kuikui potong stim betul la..disebabkan kekantoian tersebut aku tak merasa cuak dah dan terus perform sekadar yang termampu..masa 20 minit yang disediakan oleh pihak penganjur berlalu dengan begitu pantas..kejap je dah bunyi loceng..tak sempat aku nak merapu lama-lama..habis ja semua peserta..keputusan pun diumumkan..agak terkejut la aku bila aku dapat johan..hehe Alhamdulillah..semua ini merupakan aturan yang Maha Esa.."mak..cek menanggg.." tu la antara dialog aku dengan mak time aku call lepas keputusan diumumkan..walaupun aku tak nampak muka mak..tapi aku yakin mak tersenyum..


Pembakar Semangat

*pergghhh post yang paling panjang dalam sejarah blog aku..hehe ni baru part 1..tengok la..kalau perlu nanti aku sambung plak part 2..chaw chin chaw


Yang Punya Blog,